suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba KL Selamatkan Harta RM1.2 Bilion Sepanjang 2016

GAMBAR FAIL

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPMKL) berjaya menyelamatkan aset bernilai RM1.2 bilion dalam 1,734 kebakaran bangunan dan harta benda yang direkodkan tahun lepas.

Pengarahnya Khiruddin Drahman berkata nilai kerugian pula berjumlah RM83.9 juta.

"Dari segi jumlah kes kebakaran, ada peningkatan berbanding 2015 yang mencatatkan 1,620 kes namun nilai harta yang dapat diselamatkan lebih tinggi," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Ketua Balai dan JBPMKL bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, di sini pada Rabu.

Beliau berkata pada 2015, nilai aset yang berjaya diselamatkan berjumlah RM154.5 juta dan kerugian pula bernilai RM55.5 juta.

Katanya 2016 juga mencatatkan sifar kematian berbanding tiga kes pada 2015.

"Kejayaan ini hasil daripada kerja keras anggota JBPMKL dalam memberi kesedaran awam tentang pencegahan kebakaran dan rondaan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya.

Pada majlis itu, jabatan berkenaan menerima penghargaan daripada pihak termasuk Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemaju hartanah SP Setia Bhd dan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia. - BERNAMA

Khiruddin Drahman, JBPMKL

Artikel Lain