suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Doktor Gigi" Palsu Didenda RM25,000

KUALA TERENGGANU: Gara-gara menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel di sini, seorang gadis didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10.05 malam, di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 27 April lepas.

Untuk pertuduhan itu, Nurul Nadzirah didakwa di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

Dalam rayuan minta diringankan hukuman, Nurul Nadzirah berkata dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Hakim Rofiah Mohamad kemudian menetapkan tertuduh membayar denda sebanyak RM25,000.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.

Terdahulu Nurul Nadzirah mengaku menjalankan perkhidmatan itu walaupun tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan pergigian.

Tertuduh juga mengaku mempelajari cara memakaikan pendakap gigi kepada pelanggannya menerusi rakan-rakan di saluran Youtube. - BERNAMA

Gigi, Pendakap, Denda

Artikel Sebelum

Artikel Lain