suria

Pengarah Syarikat Dituduh Pecah Amanah Melibatkan RM3.83 Juta

KOTA KINABALU: Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM3.831 juta.

Yong Meu Fah, 58, dan Chui Pui An, 56, dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Karamunsing di sini antara 2 Mac 2009 dan 1 September 2009.

Mereka dituduh melakukan CBT melibatkan sembilan cek bernilai RM2,156,000, enam cek bernilai RM1,125,000 dan dua cek bernilai RM550,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim, Ainul Shahrin Mohamad menetapkan ikan jamin RM150,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan merampas pasport mereka sementara 28 September ditetapkan sebagai tarikh sebut semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmazatul Mohamed Nawi sementara peguam Timothy Daut dan Vivian Chew mewakili kedua-dua tertuduh. -Bernama

Artikel Berikut

10 Negatif Zika Di Sabah

Artikel Lain