suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB N.Sembilan Dijangka Keluar IJN Esok - Pegawai Khas

Mohamad Hasan.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dibenarkan keluar pada Rabu.

Pegawai Khas beliau, Zulkefli Awang berkata, keadaan Mohamad kini bertambah baik selepas dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu setelah mengadu kurang sihat ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

"Keadaan beliau Alhamdulillah sihat dan doktor nasihatkan beliau mendapatkan rehat secukupnya," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada Sabtu lepas, Mohamad dilapor sebagai berkata bahawa beliau hanya mengalami pening dan bukan sakit teruk seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata, rasa pening itu mungkin disebabkan pengambilan ubat sakit perut yang terlalu kuat selain kekurangan rehat dan tidur. - Bernama

Mohamad Hasan, IJN

Artikel Sebelum

10 Negatif Zika Di Sabah

Artikel Berikut

Artikel Lain