suria

Video Lelaki Maki Budak Kerana Buah Mangga Tersebar

KUALA LUMPUR: Hanya kerana buah mangga, seorang lelaki dikatakan melepaskan marah dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap kanak-kanak berusia empat tahun selepas berang keretanya dilempar buah dari pokok yang ditanam di depan rumahnya.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar luas dalam laman sosial pada Isnin, lelaki berpakaian hijau itu pada awalnya dilihat memarahi seorang wanita yang mendukung bayi, dipercayai ibu budak lelaki yang dimarahinya.

Kanak-kanak terbabit kemudian dilihat keluar dari rumah dalam keadaan menangis sebelum lelaki berkenaan bertindak memarahinya kerana melempar buah mangga ke arah keretanya.

Lebih mengejutkan, lelaki dalam lingkungan 40-an itu mendakwa kononnya budak lelaki itu umpama samseng, dan terus memaki hamun ibu budak berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar ibu negara dan rata-rata netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap lelaki berkenaan yang menegur kesalahan kanak-kanak itu dengan cara sedemikian.

Sebaliknya, ramai pihak memuji sikap ibu kanak-kanak berkenaan yang lebih tenang untuk meredakan keadaan.


Viral, Maki Hamun

Artikel Sebelum

Artikel Lain