Awan Luar Biasa Di Langkap Fenomena Semula Jadi - Semasa | mStar

Awan Luar Biasa Di Langkap Fenomena Semula Jadi

Fenomena awan bergulung seperti ombak besar berlaku pagi Khamis menggemparkan penduduk sekitar Pekan Langkap dekat sini. Gambar kejadian yang berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 pagi itu turut menjadi viral di media sosial. Difahamkan fenomena bentuk awan yang datang bagaikan tsunami itu boleh dilihat penduduk sekitar Langkap dan Chui Chak kira-kira 15 minit sebelum hujan mulai turun. -fotoBERNAMA
IPOH: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengesahkan telah berlaku formasi pembentukan awan luar biasa di Langkap, Perak pagi Khamis dan ia satu fenomena semula jadi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi.

Katanya kejadian itu adalah fenomena semula jadi cuaca disebabkan pembentukan garis badai berserta kejadian awan bergulung atau 'roll cloud' dan ia tidak berbahaya seperti garis badai.

Rakaman video dan gambar kejadian itu tersebar menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp dan beberapa penduduk melahirkan rasa gerun kerana pertama kali melihat kejadian itu.

Kejadian sama pernah berlaku di kawasan Pantai Barat Sabah pada 27 Jun lepas; Kota Bharu, Kelantan (Ogos 2015); Sungai Petani, Kedah (2014) dan Kota Kinabalu, Sabah pada Jun 2012.

Garis badai merupakan sekumpulan barisan awan ribut petir bergerak dari arah laut ke daratan dan selalunya berlaku ketika Monsun Barat Daya iaitu dari Jun hingga September di kawasan pantai barat Sabah dan di Selat Melaka.

Awan jenis bergulung pula terbentuk disebabkan oleh ricihan angin menegak iaitu terdapat perbezaan ketara kelajuan dan arah angin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain