suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Bumi Myanmar

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang berlaku di Chauk, di tengah Myanmar pada Rabu.

Kejadian itu direkodkan berlaku pada pukul 5.04 petang waktu tempatan. Chauk terletak di Daerah Magway, kira-kira 198 km daripada Mandalay dan 650 km daripada Yangon.

Bandar Bagan juga dilaporkan turut mengalami kerosakan.

Menurut laporan rasmi, sebanyak 94 kuil Buddha dan kawasan arkeologi telah rosak akibat insiden gempa bumi tersebut.

Bangunan di bandar Yangon dan Nay Pyi Taw juga mengalami keretakan dan kerosakan.

Kedutaan Malaysia di Yangon sedang memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari masa ke semasa.--Bernama

Chauk, Myanma, gempa bumi, Malaysia

Artikel Lain