Aplikasi 'MySekolah' Pantau Aktiviti Pelajar - Semasa | mStar

Aplikasi 'MySekolah' Pantau Aktiviti Pelajar

P.Kamalanathan

KUALA LUMPUR: Aplikasi mudah alih 'MySekolah,' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.

Menurutnya tempoh percubaan itu akan berlangsung tiga bulan di sekolah terlibat untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.

"Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly, Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn Bhd Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.

Kamalanathan berkata kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. -Bernama

MySekolah , pantau pelajar

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain