suria

Tujuh Suspek Ditahan Kes Bunuh Bekas Ahli Gengster

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dan dua wanita berhubung pembunuhan seorang bekas ahli gengster.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, polis menahan enam suspek dalam serbuan di Cheras pada Ahad lalu.

"Suspek ketujuh, seorang lelaki, ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis Dengkil pada Selasa.

"Kita dimaklumkan mengenai pembunuhan itu selepas menemui mayat yang dibungkus dengan kain cadar dan langsir, yang diletakkan di belakang sebuah kereta Toyota Hilux di Jalan Serai Wangi.

"Terdapat kesan enam das tembakan pada mayat dan kulit jarinya disiat," katanya, sambil menambah bahawa mangsa dikenal pasti sebagai lelaki berusia 48 tahun.

"Suspek-suspek lelaki dan mangsa merupakan bekas ahli gengster," katanya.

Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dikaitkan dengan kes berkenaan. 

Artikel Lain