suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan Percuma Sepanjang Hayat Untuk Pemenang Pingat Emas Olimpik

Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata atlet Asean yang memenangi pingat perak dan gangsa, turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh lima dan dua tahun.

"Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih daripada 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata atlet Asean yang memenangi pingat membuktikan apa sahaja boleh dicapai jika yakin pada diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian.

"Mereka telah menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja boleh bersaing, bahkan cemerlang di pertandingan peringkat tinggi. Inilah yang kami boleh lakukan untuk mereka.

"Kami berharap ia juga akan menggalakkan orang lain di rantau ini mengikuti  jejak langkah mereka. Saya berharap dapat melihat lebih banyak pingat untuk Asean pada kejohanan akan datang," katanya.

AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus ke semua 10 negara Asean, termasuk 60 laluan unik di rantau ini.

AirAsia, Olimpik

Artikel Lain