suria

Pembunuh Upahan Ditembak Mati Di USJ 11, Subang Jaya

SUBANG JAYA: Suspek utama dalam kes pembunuhan dua adik-beradik di persimpangan lampu isyarat di Batu Caves pada minggu lepas telah ditembak mati oleh polis pada Rabu.

Sebelum kejadian, lelaki itu yang merupakan seorang bekas banduan dengan kesalahan dadah sedang tidur di dalam sebuah kereta Proton Wira curi yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di jalan USJ 11/1D di sini pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

"Polis menghampiri kereta berkenaan untuk pemeriksaan dan menunjukkan kepadanya kad pengenalan mereka.

"Suspek kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol hingga memaksa polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Lelaki berusia 37 tahun itu turut ditahan di bawah Ordinan Darurat.

DCP Abdul Rahim berkata, suspek sedang tidur di dalam kereta itu apabila orang ramai memaklumkan kepada polis mengenai kenderaan yang mencurigakan.

Beliau berkata polis menemui tiga peluru yang dimuatkan dalam pistol suspek.

Menurut DCP Rahim, suspek telah melarikan diri dan tinggal di dalam kereta yang dicuri sejak kes tembakan di Batu Caves pada 21 Jun.

"Beliau telah terlibat dalam lebih daripada 12 kes samun bersenjata," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guan Eng Akan Didakwa?

Artikel Lain