suria

SPRM: Guan Eng, Phang Ditahan Atas Arahan Peguam Negara

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn di George Town, Phang Li Koon ditahan atas arahan Pejabat Peguam Negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya pada Rabu berkata, Lim ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar di sini pada pukul 5.45 petang manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

"SPRM telah melaksanakan tangkapan ke atas Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon setelah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok," demikian menurut SPRM dalam kenyataan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Phang akan dituduh mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi Khamis.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan mengetuai barisan pihak pendakwaan Khamis.

"InsyaAllah, saya akan mengetuai barisan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok," katanya kepada Bernama.

Lim Guan Eng, SPRM

Artikel Lain