suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Insiden Lelaki Parah Akibat Terkena Mercun

KUALA TERENGGANU: Polis pada Ahad menafikan kecederaan parah yang menimpa seorang lelaki akibat terkena mercun berlaku di daerah Setiu seperti yang diviralkan di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata, insiden itu tidak berlaku di daerah itu seperti yang tersebar kerana sehingga kini, tiada sebarang laporan mahupun kecederaan akibat terkena mercun dilaporkan di Setiu. 

"Tiada kes kecederaan akibat mercun berlaku di daerah ini seperti yang disebarkan di laman sosial dan viral tersebut adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Jumaat lalu, insiden yang menimpa seorang lelaki di daerah Setiu yang mana bahagian tangan kanannya hancur akibat terkena mercun tersebar luas menerusi Facebook dan WhatsApp. 

Elias dalam pada itu meminta kerjasama orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan berita tidak berasas dan tidak tepat itu kerana bimbang ia menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. - Bernama

Artikel Lain