suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mastura Mampu Sambung Legasi Suami Di Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR: Pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah tepat bagi menyambung legasi suaminya, kata Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan.

Katanya balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bersifat rendah diri dan beliau mampu membawa kemenangan kepada BN.

"Saya yakin dan percaya pemilihan Mastura sebagai calon akan membawa kepada kesinambungan pembangunan yang telah dibawa Allahyarham suaminya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 di sini, Ahad.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura, 54, yang juga seorang peguam akan mewakili BN pada PRK Kuala Kangsar.

Sementara itu, Zahida berkata jentera Pergerakan Puteri UMNO telah mula bergerak bagi membantu kelancaran kempen BN bagi memenangi PRK Kuala Kangsar serta PRK Sungai Besar yang dijalankan serentak pada 18 Jun depan.

PRK Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Calon BN bagi PRK Sungai Besar ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi.

Artikel Lain