suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jentera BN Perlu Dekati Semua Kaum Termasuk Majoriti - Khairy

SEKINCHAN: Pergerakan Pemuda Umno mahu jentera Barisan Nasional (BN) mendekati pengundi dari semua kaum dalam kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana BN tidak boleh berharap kepada pengundi Melayu semata-mata untuk mencapai kemenangan.

"Kita juga tidak boleh hanya bergantung kepada program rasmi yag ramai dihadiri penyokong kuat kita sahaja. Kita mesti jumpa pengundi...jangan harapkan pengundi jumpa kita, tambahkan program tinjauan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan BN dan Program Salam Pelancaran Jentera Bermotor Pemuda BN di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang dinamakan sebagai calon BN bagi PRK Sungai Besar.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata semua jentera BN perlu sedar bahawa PRK Parlimen Sungai Besar adalah ujian terakhir yang akan menentukan prestasi BN pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

PRK itu diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian awal pada 14 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Khairy Jamaluddin, BN

Artikel Lain