suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Noriah Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

Doa dibacakan sejurus jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dibawa keluar dari pesawat C-130 sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Jumaat malam. Foto Bernama

SUBANG: Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, Jumaat malam.

Jenazah Ahli Parlimen Sungai Besar itu tiba dari Kuching pada kira-kira 11.40 malam menggunakan pesawat Lockheed C-130 Hercules.

Anak lelaki Noriah, Syafiq mengiringi jenazah ibunya di sepanjang penerbangan dari Kuching ke Subang.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Noriah akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Burong, Tanjung Karang.

Noriah Kasnon

Artikel Lain