suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gurauan Akhir MP Kuala Kangsar Sebelum Nahas

Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

IPOH: "Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu antara gurauan akhir Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang Khamis.

Gurauannya itu dikongsikan Ketua Puteri Umno Kuala Kangsar, Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.

"Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau (Wan Mohammad Khair-il) enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuching pagi Jumaat mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pada pagi Jumaat.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan. 

Helikopter itu berlepas dari Betong, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang. 

Menurut Nurul Azni, Mohammad Khair-il sepatutnya menaiki helikopter yang  lain, namun disebabkan juruterbang pada ketika itu tiada maka beliau telah diajak oleh Noriah untuk terbang bersamanya. 

"Disebabkan beliau mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 9 malam (Khamis), maka Mohammad Khair-il terpaksa menumpang helikopter Noriah supaya sampai cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain