suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Samun Meninggal Selepas Lima Hari Dirawat

Gambar hiasan.

KEMAMAN: Selepas lima hari menerima rawatan, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa samun di kediamannya di Taman Baiduri, Geliga, di sini meninggal dunia pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata wanita itu yang berusia 68 tahun, meninggal dunia pada 5.10 petang Rabu, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kemaman.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa yang tinggal bersendirian itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya.

Jumaat lalu warga emas tersebut disamun dan rantai leher yang dipakainya dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 malam.

Bagaimanapun insiden itu hanya disedari dua hari kemudian, selepas anggota keluarganya menziarahi mangsa kira-kira 10 pagi, Ahad lalu dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik.

Mohd Said berkata pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek keras sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Polis sedang mengenal pasti dua individu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar rumah dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan kes itu, yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

samun, meninggal dunia, warga emas

Artikel Lain