suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Akan Ketuai Pasukan Audit Terhadap KAYM" - Idris

Idris Haron.

MELAKA: Pengurusan sebuah kolej antarabangsa di Bukit Sebukor di sini yang sebahagiannya dimiliki kerajaan negeri berdepan risiko diserbu ketua menterinya selepas dilaporkan enggan membenarkan pihak berkuasa menjalankan audit dalaman.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau hairan dengan tindakan pihak pengurusan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) yang enggan membenarkan audit dalaman dijalankan ke atas pengurusan kolej tersebut.

"Apa yang mereka cuba sembunyikan? Adakah mereka (pengurusan kolej) cuba untuk menyembunyikan fakta tertentu?

"Kerajaan negeri mempunyai 40 peratus kepentingan di dalam kolej tersebut. Kami mengarahkan audit dalaman pada Mac lalu berikutan laporan salah urus.

"Namun, pihak pengurusan kolej itu menolak pasukan audit yang dihantar untuk memantau operasi mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco minggu di Seri Negeri di sini pada Rabu.

Idris berkata beliau sendiri akan mengetuai pasukan audit ke kolej tersebut dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk campur tangan sekiranya mereka masih menolak proses tersebut.

"Saya ingin mengingatkan pihak pengurusan kolej itu bahawa mereka tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang," katanya.

Difahamkan kolej tersebut menawarkan beberapa kursus yang tidak diiktiraf manakala terdapat juga aduan bahawa pelajar didakwa ditipu untuk mengambil kursus bukan pilihan mereka.

Ketika dihubungi seorang pegawai kolej tersebut enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain