suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Royalti Air Dari Empangan Bakun Bantu Turunkan Tarif Elektrik

Adenan Satem bercakap pada sidang akhbar di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu malam. Foto: Bernama

KUCHING: Royalti air dari Empangan Hidro Elektrik Bakun yang menyumbangkan pendapatan lebih RM100 juta kepada kerajaan Sarawak telah membantu dalam menurunkan tarif elektrik di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri sudah mulai memperoleh hasil daripada empangan terbesar di Asia Tenggara itu, yang telah beroperasi sejak 2011.

Kerajaan negeri bukan sahaja mendapat hasil daripada royalti minyak, tetapi sekarang memperoleh pendapatan daripada royalti air, katanya pada sidang media di sini, Rabu malam.

Mengenai keputusan untuk membatalkan pembinaan Empangan Baram, Adenan berkata ia dibuat selepas semakan semula bahawa tiada keperluan bagi negeri ini mempunyai empangan yang besar, serta disebabkan pembatalan projek kabel elektrik dasar laut dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

"Ia adalah keputusan kami untuk tidak meneruskannya. Kita boleh membina empangan mini untuk kegunaan dalam negeri, dan bukan empangan besar seperti Empangan Baram," katanya. -Bernama

Empangan Bakun, Tarif Elektrik

Artikel Sebelum

Artikel Lain