suria

Kedudukan Dana Telah Diperjelaskan - 1MDB

KUALA LUMPUR: Bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat yang menerima kritikan hebat selama ini, apa yang paling pentingsusulan pengumuman Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ialah kedudukan dananya telah diperjelaskan.

Laporan PAC itu juga telah menolak pelbagai dakwaan terhadap syarikat iaitu tiada kes tentang kehilangan RM42 bilion dan juga pindahan wang sebanyak RM2.6bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Namun begitu, ia mengakui laporan PAC tersebut telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh syarikat, ia telah bergantung kepada hutang sehingga paras hutang dan pembayaran faedah terlalutinggi berbanding aliran tunainya.

Bagi 1MDB, lembaga pengarahnya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko lembaga pengarah serta bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Sehinggakan ia bertindak serta-merta apabila mendapati ketidaksepadanan dalam aliran tunai pada November 2014, dengan melantik seorang pakar penyusunan semula profesional untuk memimpin syarikat.

Kini ia telah memberikan jaminan bahawa ia akan membayar hutang jangka pendek dan hutang bank daripada hasil penjualan aset tenaganya dan lebihan tunai daripada RM2.3 bilion akan memenuhi pembayaran faedah masa depan dan keperluan kewangan infrastruktur.

Pada November tahun lepas, 1MDB telah menandatangani perjanjian untuk menjual keseluruhan aset tenaganya di bawah Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) pada RM9.83 bilion secara tunai.

Menurut laporan, CGN juga akan menanggung semua hutang kasar dan tunai syarikat-syarikat beroperasi di bawah Edra iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Pada Disember, syarikat telah memeterai perjanjian untuk menjual 60 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd.

Konsortium itu akan membangunkan kawasan seluas 194.4 hektar, bekas pangkalan TUDM Sungai Besi bagi pembangunan bercampur yang terdiri daripada perumahan dan komersil dan kemudahan gaya hidup.

Berikutan penjualan berkenaan, 1MDB telah melengkapkan pelan rasionalisasi untuk menyelesaikan beban hutangnya dalam tempoh enam bulan selepas dibentangkan kepada Kabinet pada Mei.

Bagi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda, tugas beliau untuk memulihkan syarikat dan melunaskan hutangnya, telah dilaksanakan.

Bagi beliau, salah faham tentang 1MDB berpunca daripada masalah perniagaan yang telah dipolitikkan. Bekas pegawai bank pelaburan, yang mengambil alih tampuk cabang pelaburan negara yang dibebani hutang sejak Januari tahun lepas, sebelum ini berkata, kegagalan proses penyenaraian aset tenaga 1MDB dijadualkan pada November 2014, merupakan penyumbang utama kepada masalah kewangan syarikat.

Banyak yang memperkatakan bahawa sekiranya tawaran awam permulaan (IPO) EdraGlobal berlaku seperti yang dirancang, 1MDB tidak akan mendapat perhatiansedemikian.

Kegagalan penyenaraian mengakibatkan ketidakupayaannya untuk membayar balikhutang pada masa yang ditetapkan dan ketidaksepadanan timbul antara caj faedah yang perlu dibayar balik dalam jangka pendek serta pembayaran pokok.

Oleh itu, beberapa siri proses rasionalisasi dilaksanakan untuk membantu mengurangkan hutang. PAC dalam laporannya menyatakan bahawa hutang 1MDB bermula pada RM5 bilion pada 2009 sebelum melonjak kepada RM42 bilion pada akhir 2014. 

Pada Januari 2016, hutang mencecah RM50 bilion berbanding aset sebanyak RM53bilion dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion untuk membayar balik faedah keatas hutang antara 1 April, 2014 hingga 31 Mac 2015. 

Bagaimanapun, PAC berkata kerajaan telah mengambil tindakan segera untuk membetulkan masalah apabila masalah hutang timbul kembali pada 2014. 

Berdasarkan laporan PAC, Arul Kanda dilaporkan sebagai berkata tidak ada unsur jenayah dalam pengurusan 1MDB tetapi hanya kelemahan yang perlu dibetulkan.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memuji usaha pengurusan baharu syarikat yang diperkenalkan pada Januari 2014, 1MDB yang telahpun melaksanakan proses rasionalisasi yang diyakini dapat memastikan jumlah hutang ditanggung syarikat itu lebih rendah. - Bernama

Kedudukan Dana, 1MDB

Artikel Lain