Projek Perintis Transformasi PLKN Dilaksanakan 17 Oktober - Semasa | mStar

Projek Perintis Transformasi PLKN Dilaksanakan 17 Oktober

KUALA LUMPUR: Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berwajah baharu akan dilaksanakan pada 17 Oktober ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, projek perintis selama dua bulan itu membabitkan seramai 410 pelatih akan diadakan di Kem Princess Haliza, Sepang.

"Daripada jumlah itu, seramai 101 pelatih menyatakan persetujuan untuk menyertainya setelah menerima surat tawaran Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN), manakala 309 lagi menawarkan diri secara sukarela," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Koordinasi Transformasi PLKN di sini, Khamis.

Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohamed Asri Yusof.

Menurut Hishammuddin, projek perintis tersebut akan menguji keberkesanan Fasa 1 iaitu Model Pembelajaran Bersepadu dan Fasa 2; Latihan Kemahiran dalam program tersebut.

"Fasa 1 melibatkan lima modul utama iaitu -Fit4Life, Tech & Talk, Malaysiaku, Be Safe &  Be Alert, iUpgrade dan tiga sub modul iaitu kerohanian, kesukarelawan dan MyFuture," katanya.

"Bagi Fasa 2 pula, pelatih yang sudah menamatkan latihan Fasa 1 akan ditempatkan di institusi-institusi latihan kemahiran yang dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)," katanya.

Jelas Hishammuddin, seramai 30 jurulatih akan ditugaskan untuk memberi latihan menggunakan modul baharu dalam projek perintis ini.

"Pada masa sama, sesi latihan untuk pelatih turut diadakan serentak bersama projek perintis ini bagi memastikan sesi 'knowledge transfer' daripada syarikat penyedia modul dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Elemen kenegaraan dan ketenteraan turut dikekalkan.

Ketika ditanya mengenai modul kenegaraan, Hishammuddin berkata ia dikekalkan selepas mengambil kira ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam dunia yang semakin mencabar pada hari ini.

"Ini teras kepada program PLKN, tak boleh berubah. Elemen perpaduan, kesukarelawan dan patriotisme harus kekal kerana teras ini dalam soal pembinaan negara dan bangsa merupakan satu perkara yang cukup penting dalam jiwa sanubari anak-anak muda kita yang hari ini.

"Kita juga perlu berhadapan dengan dunia tanpa sempadan, ancaman baharu, isu keselamatan dalam konteks keamanan sejagat, yang kita tak boleh kompromi. Fenomena ISIS bukan satu ancaman yang kita lalui sebelum ini," katanya.

Mengulas mengenai elemen ketenteraan pula, Hishammudin berkata ia terus dikekalkan seperti sebelum ini untuk mendisiplinkan pelatih.

"Elemen itu memang dah ada. Ia penting untuk menjadikan pelatih lebih berdisiplin, aspek penting yang diperlukan dalam sesebuah syarikat," katanya.

Sementara itu, mengenai latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang disediakan dalam projek perintis itu, Khairy berkata ia bertujuan untuk memastikan pelatih menguasai kemahiran-kemahiran tertentu supaya mereka boleh memenuhi pasaran kerja apabila tamat latihan.

"Modul yang baharu ini banyak memberi penekanan kepada 'nilai tambah' supaya mereka lebih memenuhi pasaran kerja, mudah mendapat pekerjaan dan didedahkan kepada kemahiran tertentu seperti automotif dan kejuruteraan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain