suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tapak Perkhemahan Mangsa Penyeludupan Manusia Yang 'Baharu' Ditemui

WANG KELIAN: Wujud sebuah tapak perkhemahan yang pernah didiami oleh beratus-ratus mangsa pemerdagangan manusia beberapa kilometer dari jalan raya di Perlis berdekatan sempadan Thailand.

Dipercayai bahawa tapak perkhemahan 'baharu' itu berusia dua tahun lebih tua berbanding 27 kem penyeludupan manusia ditemui oleh pihak berkuasa.

Apa yang tinggal kini adalah kepingan buluh, kayu dan plastik yang bertaburan.

Memanggilnya sebagai tapak perkhemahan yang mungkin menjadi kurang tepat. Ini kerana tiang dan dindingnya penuh berselirat dengan dawai-dawai.

Tiga menara pengawal mengelilingi 'sangkar' untuk manusia itu, dengan ruang memerhati terletak di ruang tinggi.

Di bahagian sudut, kolah mandi dapat dilihat di atas sangkar kayu yang cukup besar untuk memuatkan seekor beruang kutub.

Tapak perkhemahan itu dipercayai telah dimusnahkan dengan sengaja oleh penyeludup manusia.

Polis sedang menyiasat hubungan antara tapak ini dengan kem-kem lain yang ditemui.

Pada Isnin dilaporkan bahawa polis Malaysia telah menemui 139 kubur dan 27 kem penyeludupan manusia di Padang Besar.

Artikel Lain