suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Sungai

JOHOR BAHARU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Tiram, kira-kira pukul 4.50 petang Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata sebelum kejadian, Muhammad Awais Irsyad Tugiman bersama rakan-rakannya bermandi manda di sungai berkenaan, sebelum mangsa dihanyutkan arus deras.

"Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 5.36 petang dan apabila sampai ke lokasi, didapati benar terdapat seorang remaja dikhuatiri lemas.

"Kedalaman sungai itu adalah 10 kaki (tiga meter)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamatkan mangsa masih diteruskan sehingga kini dengan penyertaan Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air, JBPM Johor.

Buat masa ini, usaha tertumpu kepada pencarian di permukaan sungai.

Lemas, Tiram

Artikel Lain