suria

PM Harap Pasukan Aerobatik Indonesia Kembali

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melahirkan harapan agar pasukan aerobatik Indonesia yang telah menarik diri daripada Pameran Maritim dan Udara Antarabngsa Langkawi 2015 (LIMA '15) ekoran kemalangan Ahad lepas, akan kembali dalam edisi depan, acara yang diadakan dwitahunan itu.

Najib berkata beliau terkejut dan sedih dengan kejadian itu namun bersyukur kerana juruterbang pasukan Jupiter Aerobatic Team dari Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU), tidak mengalami kecederaan serius.

"Terima kasih kerana mahu mengambil bahagian dalam persembahan aerobatik LIMA '15 dan saya berharap ini (insiden) tidak menghalang anda daripada mengambil bahagian dalam pameran LIMA pada masa depan," katanya dalam ucapan pembukaan LIMA'15 di sini.

Najib berkata, pasukan aerobatik lain dari Singapura, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia, akan mengadakan pertunjukan pada LIMA'15.

Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, dua pesawat Jupiter bergesel sayap ketika melakukan latihan sempena pameran itu, sebelum terhempas di Permandangan Indah, Padang Mat Sirat dan Kampung Gelam, Kedawang, berhampiran lapangan terbang.

Kesemua empat juruterbang berjaya melentingkan diri sebelum pesawat terhempas.

Mashall Pertama TNI-AU Indra Yadi mengesahkan semalam bahawa Jupiter Aerobatic Team telah menarik diri daripada daripada LIMA'15 akibat kemalangan berkenaan.

Semua empat juruterbang yang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan berkenaan telah dibenar keluar dari hospital, semalam.

Aerobatik, Lima'15

Artikel Lain