suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafi Segera Jika Dakwaan Pembelian Jet Peribadi Untuk PM Tidak Benar - Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian sebuah jet peribadi baharu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tegasnya, penafian itu penting sekiranya dakwaan seorang Ahli Parlimen Pembangkang berhubung pembelian aset terbaharu tersebut tidak benar.

"Jika jet baharu kerajaan ini tidak betul, nafikan segera sebelum khabar angin menjadi seperti kebenaran. Jika betul, penjelasan segera diperlukan," katanya di laman Twitter pada Isnin.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat mendedahkan mengenai pembelian sebuah jet peribadi baharu bagi kegunaan Najib.

Terdahulu menerusi sidang media di lobi Parlimen, Mohd Rafizi mendakwa perolehan jet yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd itu merupakan jet peribadi baharu yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.

Pada sidang media yang sama, Mohd Rafizi turut mendedahkan satu salinan surat perjanjian bertarikh 1 Disember tahun lalu bagi menyokong dakwaannya.

Artikel Lain