Bilangan Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thai Meningkat - Konsul Jeneral - Semasa | mStar

Bilangan Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thai Meningkat - Konsul Jeneral

- Gambar hiasan
KRABI: Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di Selatan Thai tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata ia membabitkan 3,831 pasangan tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.

Katanya statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.

Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thai.

Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal.

Beliau ditemui di sini, Isnin, selepas selesai mengiringi lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Wilayah Krabi, Selatan Thai sejak Jumaat.

Tuanku Syed Faizuddin yang disertai ahli-ahli majlis MAIPs mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di Selatan Thai membincangkan isu pengurusan nikah-kahwin, perakuan produk halal, pendidikan, permohonan bantuan dan sumbangan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah serta kerjasama dua hala untuk kepentingan umat Islam.

Mohd Faizal berkata warga asing yang memohon berkahwin itu pula berumur 20-an hingga awal 40-an dan pasport atau visa mereka hampir luput manakala kebanyakan wanita Malaysia yang menjadi pasangan mereka berumur 50-an.

Majoriti pasangan Malaysia adalah penduduk negeri-negeri yang bersempadan dengan Selatan Thai iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tetapi jumlah itu tidak termasuk yang berkahwin menggunakan khidmat sindiket, katanya.

Menurutnya sindiket mengenakan bayaran perkhidmatan RM5,000 hingga RM7,000 dan mendakwa RM2,000 untuk dibayar kepada pegawai tertentu di pejabat Konsul.

"Saya menyangkal tuduhan ini tidak benar walaupun mangsa-mangsa sindiket tidak mengadu kepada pejabat Konsul mungkin kerana tidak mahir dan bergantung kepada ejen. Mereka hanya sedar ditipu setelah pulang ke Malaysia," katanya.


Mohd Faizal berkata kos perkahwinan dengan lima MAI yang diiktiraf iaitu Yala, Pattani, Songkhla, Narthiwat dan Satun antara RM400 hingga RM500 sahaja dan setiap permohonan itu akan disiasat oleh Pejabat Konsul.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain