suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Penawanan Dan Pengurungan Orang Awam

Kayla Mueller

PUTRAJAYA: Malaysia melahirkan rasa sedih terhadap berita kematian Kayla Mueller, pekerja bantuan kemanusiaan Amerika Syarikat yang ditawan dan dikurung kumpulan militan IS pada 2013 dan dilaporkan dibunuh di Syria.

Kementerian Luar dalam kenyataan Khamis berkata, Malaysia mengutuk penawanan dan pengurungan tanpa belas kasihan, orang awam yang tidak bersalah, yang membawa kepada kematian Kayla Mueller.

"Malaysia melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kayla Mueller dan kerajaan Amerika Syarikat.

"Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi saat sukar," menurut kenyataan itu.

Kayla Mueller, Syria, IS, Amerika Syarikat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain