suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengedar Dadah Masuk Perangkap

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam rondaan cegah jenayah di di Kampung Sri Teruntum dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 20-an itu ditahan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan pada 4 petang.

"Hasil pemeriksaan ke atasnya, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beberapa bekas dan bungkusan dalam poket seluar dan beg pinggangnya.

"Turut ditemui alat penimbang digital dan wang tunai RM6,000 dipercayai hasil jualan dadah itu," katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang posistif dadah turut memiliki enam rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis berkaitan penyalahgunaan dadah.

Suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Lain