suria

Hubungan Ketenteraan, Risikan Antara Negara Jiran Tangani Ancaman Rentas Sempadan

Hishammuddin (dua kiri) ketika sidang media selesai istiadat penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) di Kementerian Pertahanan dekat Kuala Lumpur pada Isnin. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hubungan ketenteraan, kerjasama serta perkongsian risikan antara negara jiran penting bagi membantu menangani ancaman baharu merentas sempadan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sekiranya berdepan dengan perkara-perkara yang dianggap dan dilihat sebagai ancaman kepada kedaulatan, maruah serta kedudukan negara masing-masing, perkara itu jauh lebih bernilai daripada keperluan aset.
 
"Ancaman-ancaman baharu merentas sempadan seperti IS (kumpulan militan Islamic State) merupakan perkara yang tidak unik kepada Malaysia.
 
"Saya percaya kerjasama antara sekurang-kurangnya 10 buah negara dalam Asean dan hubungan ketenteraan secara bersama merupakan sesuatu yang perlu dan wajar serta harus dilaksanakan," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini Isnin.
 
Beliau berkata demikian selepas mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam penganugerahan darjah kepahlawanan angkatan tentera kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia Jeneral Dr Moeldoko dan Panglima Angkatan Tentera Singapura Leftenan Jeneral Ng Chee Meng.

Artikel Lain