suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Disyaki Terlibat Tembak Rumah Menteri Ditahan

Wong Soon Koh.
SIBU: Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kejadian menembak kediaman Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata lelaki itu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap tempatan ditahan di sebuah rumah di Taman Rejang di sini.

"Lelaki ini yang mempunyai rekod jenayah lampau seperti jenayah kekerasan dan dadah dipercayai diupah oleh pihak tertentu untuk melakukan perbuatan itu," katanya kepada pemberita.

Pihaknya dijangka membuat beberapa lagi tangkapan selepas ini dan yakin dapat menyelesaikan kes itu yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di bandar ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu yang dilapor berlaku antara pukul 5.20 pagi dan 5.35 pagi di rumah menteri berkenaan di Jalan Ipoh di sini.

Mohd Kamal berkata kes itu tidak mempunyai kaitan dengan tiga kes tembak sebelum ini yang melibatkan sebuah pusat urut dan dua pusat membeli-belah.

"Kejadian ini tiada kaitan dengan kejadian-kejadian lepas dan kita menyiasat motifnya yang sebenar dari semua sudut," katanya yang menambah ia termasuk cakap-cakap yang mengatakan ada pihak cuba mencabar polis berikutan usaha keras polis dalam membenteras judi haram dalam Internet.

Yang pasti kejadian tidak mempunyai kaitan dengan orang awam dan mereka tidak terlalu khuatir, katanya.

Wong Soon Koh, kes tembak rumah

Artikel Sebelum

Artikel Lain