suria

Kereta Ferrari Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta Ferrari warna merah musnah terbakar di Jalan Rakyat di sini Rabu, sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada waktu puncak itu menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di sepanjang Jalan Travers bagi menyaksikan anggota bomba memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, kereta mewah bernilai jutaan ringgit itu tidak dapat diselamatkan.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6 petang. Tetapi, api begitu marak sebaik sahaja pasukan bomba tiba 15 minit kemudian.

Beliau berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Ferrari

Artikel Berikut

Artikel Lain