suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Indonesia, Joko Widodo Adakan Lawatan Ke Malaysia

Joko Widodo. Foto Bloomberg

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mengadakan lawatan ke Malaysia pada Khamis sehingga Sabtu ini.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia setelah dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober tahun lalu. 

Joko Widodo akan diiringi isteri, Iriana Joko Widodo, menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Program lawatan merangkumi upacara sambutan, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan majlis santapan negara pada Khamis.

Pada Jumaat, Joko Widodo dijadual mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti dengan mesyuarat delegasi. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga akan mengadakan jamuan makan rasmi bagi meraikan Joko Widodo, Iriana dan delegasi Indonesia. 

Joko Widodo juga akan melawat kilang Proton bagi meninjau peluang kerjasama di antara kedua negara dalam bidang automotif.

Lawatan tersebut akan memberi peluang kepada kedua pemimpin untuk berbincang mengenai kerjasama dua hala di antara kedua negara. 

Di samping itu, ianya juga akan memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Presiden Indonesia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.

Indonesia adalah rakan dagang keenam terbesar Malaysia dan ketiga terbesar di kalangan negara Asean. 

Jumlah perdagangan dua hala kedua negara pada 2013 adalah sebanyak RM61.1 bilion dan untuk tempoh Januari hingga November 2014 adalah RM54.7 bilion.

Joko Widodo, Iriana Joko Widodo

Artikel Lain