suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Tawar Bina Tugu Peringatan Tragedi MH370

Abbott (kiri) meninjau keadaan sekitar Putrajaya dari pejabat Najib di Bangunan Perdana Putra pada Sabtu. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Australia menawarkan diri untuk membina tugu peringatan di pantai barat negara itu bagi memperingati tragedi kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Namun, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, usaha tersebut akan berpandukan kepada hasrat Malaysia dan keluarga mangsa yang berada di atas pesawat malang itu.

"Dalam tempoh dua minggu ini, misi pencarian baru akan bermula dan diteruskan," katanya pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengenai kos pencarian pesawat MH370, Abbott berkata Malaysia dan Australia masing-masing akan menyumbang sebanyak A$60 juta (RM179 juta).

MH370, Tony Abbott, Australia

Artikel Lain