suria

45 Kg Ganja Dan 6,000 Pil Kuda Ditemui, 5 Lelaki Ditahan

PADANG BESAR: Polis memberkas lima lelaki berikutan penemuan 45 kilogram ganja dan 6,000 pil kuda dalam sebuah kereta di Wang Kelian dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Dros berkata pemilik kereta tersebut diberkas di Pulau Pinang dan empat lagi di Wang Kelian serta di sini antara 30 Ogos hingga 3 Sept lalu.

Beliau berkata dadah-dadah tersebut bernilai kira-kira RM390,000.

Kesemua suspek yang bekerja sendiri itu kini direman selama tujuh hari sehingga 10 Sept, katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas antara beliau dengan timbalannya DSP Md Rafae Hassan semalam, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa.

Che Man dinaikkan ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis dan ditukarkan ke Negeri Sembilan bagi menjawat jawatan Ketua Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri.


Ganja, Polis, Padang Besar, Perlis, Wang Kelian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain