suria

Malaysia Tidak Perlukan Organisasi Lain Ambil Alih Peranan Polis - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.
GEORGE TOWN: Malaysia tidak memerlukan organisasi lain untuk mengambil alih peranan pasukan keselamatan di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu.

Oleh itu, beliau berkata, polis tidak harus bersikap selektif dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Saya mengatakan bahawa isu keselamatan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Malah kita memerlukan bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, tetapi jangan bersikap biadap dengan menubuhkan sebuah pasukan tanpa merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.

Polis katanya, menghormati kuasa pasukan beruniform di negeri itu tetapi tindakan akan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang.

Ahmad Zahid Hamidi, KDN, PPS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain