suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Program Jom Gegar 10,000 Langkah Merdeka Memberangsangkan

KEMAMAN: Lebih 2,000 warga kerja 20 jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai acara jalan kaki sejauh 6.5 km pada Program Jom Gegar 10,000 Langkah Merdeka di sini, Sabtu.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman Dr Mohd Anuar Abdul Rahman berkata program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) itu bertujuan menanamkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Serentak dengan program ini juga, turut diadakan pameran kesihatan serta pemeriksaan secara percuma untuk pengunjung dan tema untuk program ini ialah 10,000 Langkah Merdeka Bersama Kemaman Sihat Sokmo," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Program Jom Gegar 10,000 Langkah Merdeka oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman Senator Datuk Rohani Abdullah.

Sementara itu, Sabariah Ahmad, 40, dari Chukai berkata beliau mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang diadakan secara percuma sempena program berkenaan.

"Mak cik ambil peluang ini untuk periksa tahap kencing manis dan darah tinggi mak cik...bukan senang nak buat pemeriksaan secara percuma macam ni, lepas buat pemeriksaan tadi, mak cik juga diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor kesihatan," katanya.


Artikel Lain