suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Pengarah Pasar Raya Besar Ditemui Dalam Longkang

Roslan Bek Ahmad
KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah longkang di Jalan Tun Abdul Razak di sini awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, semasa pasukan kereta peronda MPV sedang membuat rondaan di Jalan Tun Abdul Razak, mereka telah menjumpai sebuah kereta jenis BMW ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan enjinnya masih hidup tetapi tiada orang di dalamnya.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan di kawasan sekitar polis menemui seorang lelaki tertiarap di dalam longkang.

Mangsa dikenali sebagai Alan Chong Tchong Kong, 56, seorang pengarah sebuah pasar raya besar dan berasal dari Miri.

"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan, tiada senjata dijumpai dan barang peribadi manggsa dalam keadaan baik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis himpunan bulanan Ibu pejabat Polis Daerah Kuching di sini, Khamis.

Bagaimanapun, katanya, kulit pada bahagian atas kepala mangsa terkopek, dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang.

Katanya, jarak antara kereta dan mayat dijumpai lebih kurang 10 meter.

Selain itu, katanya pemeriksaan pasukan forensik tidak menjumpai apa-apa keterangan berunsur jenayah.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa sedang berada di sini untuk menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.


Artikel Sebelum

PPS: Ahli Parlimen Tanjong Ditahan

Artikel Lain