suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Sungai Kota Aur

KEPALA BATAS: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kota Aur, di sini, Jumaat.

Muhammad Firdee Akasha Roslan yang berasal dari Taman Sri Batu, Sungai Petani di Kedah dilapor hilang dibawa arus sungai itu pada 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, Muhammad Firdee Akasha bersama sekumpulan remaja belasan tahun singgah di Jeti Pengkalan Sungai Kota Aur untuk mandi.

"Kawan-kawan mangsa cuba membantu tetapi tidak berjaya. Seorang daripada mereka kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Beliau berkata, sehingga tengah hari ini, usaha mencari oleh dijalankan pasukan bomba dan penyelamat serta polis dengan dibantu penduduk kawasan itu masih diteruskan.


Artikel Berikut

Artikel Lain