Warga Asing Larikan Cincin Berlian RM1.2 JUta - Semasa | mStar

Warga Asing Larikan Cincin Berlian RM1.2 JUta

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang di sini mendakwa kerugian RM1.2 juta selepas dua lelaki melarikan sebentuk cincin berlian di kedai berkenaan, Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua suspek lelaki dipercayai warga asing memasuki premis berkenaan kononnya untuk membeli cincin.

Ketika kejadian, seorang pekerja kedai emas itu telah mengeluarkan satu dulang yang mengandungi 19 bentuk cincin. 

"Menurut pekerja kedai emas itu, dia hanya menyedari kehilangan sebentuk cincin berlian berkenaan selepas kedua-dua suspek beredar setelah kira-kira lima minit membelek cincin terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pekerja kedai emas itu mendapati seorang daripada dua suspek berkenaan telah mengambil cincin berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.
Cincin Berlian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu