suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Dada

KUANTAN: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian dada dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Taman Sentosa,Raub pada Jumaat. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata wanita berusia 42 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya pada 5.45 petang sebelum menghubungi polis.

"Pemeriksaan awal polis menemui sepucuk senapang patah serta kelongsong peluru berhampiran mangsa, dan senjata itu merupakan milik bapa mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis percaya mangsa terkena tembakan yang dilepaskannya sendiri namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketika kejadian, mangsa bersendirian kerana ibu bapa serta suaminya tiada dirumah.

Katanya, rumah mangsa juga tidak mempunyai sebarang kesan dipecah masuk dan tiada barang dilapor hilang. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

tembak, wanita

Artikel Lain