suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Perlu Tolak Segala Bentuk Ekstremisme - Ong Ka Chuan

Ong Ka Chuan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu menolak semua bentuk ekstremisme agama dan sentiasa berwaspada terhadap perkara yang berpotensi mengancam keselamatan negara.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, rakyat Malaysia juga sepatutnya sedar kewujudan sebarang pertubuhan pelampau akan menjejaskan keharmonian di negara ini.

Sehubungan itu pengaruh mereka harus dikekang, katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Ong mengulas trend kewujudan pertubuhan pelampau agama bersenjata yang semakin meningkat kebelakangan ini sejak 'Revolusi Jasmin' atau Revolusi Tunisia pada 2010.

Menurut Ong rakyat Malaysia harus mempertahankan kesederhanaan yang dijadikan asas penubuhan Malaysia bagi memastikan kumpulan ekstremis agama tidak berakar umbi di sini.

"Rakyat tidak harus mengambil mudah keamanan dan keharmonian yang kita nikmati sekarang kerana ini adalah hasil usaha berterusan nenek moyang kita. Kita patut terus mengekalkan kestabilan ini seperti yang ditekankan oleh kerajaan," katanya.

Ong Ka Chuan, MCA, Ekstremisme

Artikel Lain