suria

NGO Lapor SPRM, Serah Dokumen Seleweng Projek Parkir Di PP

SPRM Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan dan menyerahkan dokumen  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri mendakwa berlaku penyelewengan dalam projek sistem parkir kenderaan yang dilaksana kerajaan Pulau Pinang sejak Januari lalu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, KMPP serta Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) percaya ada ketirisan dalam pelaksanaan projek itu.

"Kami mahu SPRM siasat segera kerana ia melibatkan wang rakyat, semua dokumen  diserahkan dan KMPP serta PMSP juga bersedia untuk memberi kerjasama dalam membantu siasatan mereka (SPRM).

"KMPP dan PMSP melihat pelaksanaan sistem itu mengakibatkan rakyat terpaksa melabur dahulu sebelum menggunakan kupon berkenaan.

"Sebagai contoh, kalau satu kupon berharga RM4 perlu dibayar dahulu, maka satu juta kupon dijual pada nilai RM4 juta yang harus dibayar pada syarikat kontraktor terbabit," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini, Jumaat.

Presiden PMSP Datuk R.Ramesh yang turut hadir, berkata pihaknya mempunyai dokumen berkaitan penyelewengan projek berkenaan untuk menyokong laporan yang dibuat kepada SPRM itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain