suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Virgin Blue Brisbane-Denpasar Dirampas

Model pesawat Boeing 737-800 Virgin Blue yang dirampas ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Denpasar, Jumaat

JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Australia, Virgin Blue, dipercayai dirampas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Denpasar, Jumaat.

Pada masa ini, pesawat berkenaan sudah mendarat di Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai, Bali.

Perkara itu disahkan jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temu bual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV.

Difahamkan, seorang penumpang cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di Bali. 



Artikel Lain