suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Rayuan Bebaskan Nik Nazmi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa atas tuduhan berhubung perhimpunan yang diadakan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Mohd Ariff Mohd Yusof dalam penghakimannya berkata, Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan penganjur memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa adalah tidak berperlembagaan.

"Oleh itu tuduhan dan pendakwaan adalah tidak sah dan diketepikan. Pemohon (Nik Nazmi) juga dilepaskan dan dibebaskan," kata hakim Mohd Ariff.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya kira-kira pukul 8.30 malam, 8 Mei lalu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Artikel Lain