suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej Satelit Jepun Tunjuk 10 Objek Terapung Mungkin Serpihan MH370

Grafik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pusat Perisikan dan Penyelidikan Jepun di Jepun yang menunjukkan titik lokasi di mana kira-kira 10 objek mungkin dikaitkan dengan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Foto AP

TOKYO: Imej satelit Jepun menunjukkan kira-kira 10 objek terapung di luar pantai Australia, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, lapor media memetik kerajaan sebagai berkata pada Jumaat.

Objek-objek berkenaan dilihat di perairan dianggarkan kira-kira 2,500 km ke barat daya Perth, kata agensi berita Kyodo dan Jiji

Kajian Pusat Perisikan Satelit Kabinet Jepun menunjukkan objek-objek itu berukuran sehingga lapan meter panjang dan empat meter lebar dalam imej yang dirakam oleh satelit antara pukul 9 pagi dan 3 petang pada Rabu lalu, kata Kyodo

Sumber kerajaan berkata, ia mungkin bangkai pesawat yang hilang kerana mereka menemuinya dalam sebuah kawasan yang sama di mana imej serpihan ditemui sebelum ini, menurut agensi itu.

Jiji memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata bahawa objek terapung "kemungkinan besar" adalah sebahagian daripada pesawat. 

Menurut laporan itu, Jepun telah menyerahkan maklumat tersebut kepada Malaysia. - AFP

Artikel Lain