suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Keluarga Penumpang China Terima Bayaran Insurans

BEIJING: Syarikat insurans China telah mula membayar pampasan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang terhempas di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua, Khamis.

Keluarga kepada tujuh penumpang menerima pampasan sebanyak 4.17 juta yuan (RM2.5 juta) pada hari Selasa, syarikat insurans terbesar di negara ini, China Life, dipetik oleh Xinhua sebagai berkata.

China Life mempunyai 32 pelanggan di dalam pesawat itu dan anggaran jumlah pampasan adalah sekitar 9 juta yuan (RM5 juta).

"China Life amat kecewa dengan berita ini dan akan memastikan pampasan dan semua lain-lain perkhidmatan berkaitan dilaksanakan sepenuhnya," kata Xinhua, memetik seorang jurucakap syarikat berkenaan.

China Pacific Insurance Co Ltd yang berpangkalan di Shanghai berkata telah menawarkan bayaran pampasan pertama berjumlah 525,000 yuan (RM281,208) pada Rabu.

Sunshine Insurance pula berkata telah memberi pampasan 500,000 yuan (RM267,817) untuk satu keluarga, manakala New China Life Insurance Co Ltd menganggarkan pampasan akan mencecah 1 juta yuan (RM535,634) memandangkan sembilan pelanggannya berada dalam pesawat.

Syarikat-syarikat ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Terdapat 153 China warga di dalam pesawat MH370 .

insurans, waris, keluarga, China, Mh370

Artikel Lain