suria

Pegawai KDN Dilengkapi Kebolehan Tangani Ancaman Espionaj

LANGKAWI: Dalam usaha menghadapi ancaman espionaj, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) mengambil langkah melengkapi pegawai dan warga kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan pengetahuan sewajarnya.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata ini kerana warga kerja KDN dianggap sebagai benteng pencegahan awal dalam menangani kegiatan espionaj yang sejak kebelakangan ini banyak dilaporkan.

Mereka ini didedahkan dengan pelbagai aspek termasuk tindakan yang perlu diambil jika berdepan ancaman itu, katanya semasa menutup kursus tiga hari mengenai ancaman espionaj anjuran IPSOM, di sini Isnin.

Beliau turut menyentuh isu kadar jenayah yang katanya walaupun dari segi statistik menunjukkan penurunan, ada anggota masyarakat menganggap negara ini masih belum selamat.

"Kajian wajar dilakukan terhadap tindakan dan inisiatif yang dilaksanakan selama ini sama ada berkesan atau sebaliknya.

"Tindakan perlu diambil untuk melakukan penambahbaikan (jika perlu) demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat keseluruhannya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain