suria

Pengikut Kumpulan Ajaran Sesat Taksub Dengan Ketua

PETALING JAYA: Pengikut kumpulan ajaran sesat yang menyimpang daripada ajaran Islam selalunya taksub dengan apa jua yang diperkatakan oleh mereka, kata ulama muda, Dr Fathul Bari.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia berkata pengikut menerima setiap ajaran yang disampaikan tanpa mengkaji dan menganalisa setiap perkataan yang disampaikan oleh pemimpin berkenaan.

"Dalam Islam, kita percaya manusia melakukan kesilapan. Tetapi pengikut kumpulan ini mengambil setiap perkataan yang keluar daripada pemimpin mereka sebagai sesuatu yang benar, tidak kira sama ada ia masuk akal atau tidak,” katanya.

Dengan mengambil contoh kumpulan ajaran sesat Al-Maunah yang diketuai oleh Mohammad Amin Razali yang terlibat dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Malayasia pada tahun 2000.

"Mereka tidak berfikir secara rasional dan bersedia untuk membuat apa sahaja yang diarahkan oleh ketua mereka, walaupun ia perkara yang berbahaya," katanya.

Terbaru kumpulan yang menggelarkan mereka Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, mendakwa mereka adalah waris yang Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba memasuki Istana Negara pada Isnin tanpa apa-apa bukti melainkan bendera dan dokumen yang dihasilkan sendiri.

Polis menahan 10 individum termasuk dua wanita, yang berkumpul pada pukul 4.10 pagi. Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai kumpulan ini, walaupun mereka mempunyai satu dokumen yang diketuai oleh Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa,II, yang mendakwa dia adalah waris Yang di-Pertuan Agong yang sah.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata kumpulan berkenaan telah dikesan berkongsi maklumat menggunakan media sosial. Ia menambah bahawa kumpulan berkenaan menyimpang daripada ajaran dan sejarah Islam, namun mereka mempunyai beberapa pengikut setia waluapun jumlahnya agak kecil.

"Mengikut perkembangan terbaru , kumpulan ini dilihat lebih berani dalam percubaan mereka untuk menyebarkan ideologi mereka melalui tindakan-tindakannya," kata Jakim.

Artikel Lain