suria

PKR Johor Umum Penyanyi Dayangku Intan Tanding Parlimen Pengerang

Dayangku Intan akan bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.
Dayangku Intan akan bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.
Dayangku Intan akan bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.

JOHOR BARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengumumkan calon-calon negeri itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk penyanyi Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid untuk kerusi Parlimen Pengerang.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong pada Jumaat mengumumkan parti itu akan bertanding 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN di Johor.

Beliau berkata, Dayangku Intan, penyanyi terkenal era 80-an akan menentang Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Ketua PKR Cabang Johor Baru, Tan Poh Lai tidak disenaraikan sebagai calon.

Ketua Biro Guaman PKR Johor, Jimmy Puah yang sepatutnya bertanding di kerusi DUN Johor Jaya, ditukarkan ke DUN Bukit Batu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain